Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA [edisi AKU TAHU]



Sempena merdeka ni.ape yang korang semu buat.hemm.kalau sekolah dulu yelahh..duk hias2 kelas..letak bendera tang sana..tang sini..but sekarang dah laen..dekat u...lagi2 sekarang bulan puasa..so ape yang aku buat merdeka ni..hanya lah doakan untuk keselamatan negara[ecehhh!:p] dan buka fail.flashback balik memori masa pergi program himpun.Rasa sangat semangat anak Malaysia time tu.Tapi habes program je perlahan-perlahan semangat tu luntur.haissshh..:")
ok2.kat sini nak share soalan2.Bende-bende ni sangat basic rasenye.But aku still terkebil2 mase wat awal2 dulu.haha.sebab.ak tak suke sejarah.dulu2 lah.Sekarang suke atau tak,tolak tepi..kene amek tahu jugak pasal sejarah ni.Baru lah betul2 rakyat Malaysia!

1.Berapa lama negara dijajah?
446/447

2.Nama pahlawan-pahlawan negara yang menentang penjajah dan negerinya?
Dato'Bahaman-Pahang
Hang Tuah-Melaka
(banyak lagi...boleh tambah2 lagi)

3.Referendum?
Rungutan suara rakyat berdasarkan dasar politik

4.Kontrak Sosial
Persetujuan bersama 3bangsa mengenai Raja Melayu,Kerakyatan,Bahasa Kebangsaan,Agama Islam dan Hak Keistimewaan Melayu

5.Onn Jaafar?
Tubuhkan UMNO/ketua UMNO

6.PKM?
Parti Komunis Malaya (1948)

7.Tarikh Pembentukan Malysia?
16 September 1963

8.Tarikh Kemerdekaan?
31 Ogos 1957

9.Kerusi Parlimen 1955 dan 2008
52 dan 222

10.Jus soli
berkaitan dengan hak kerakyatan

11.Malayan Union
gagasan yangg diperkenalkan oleh Inggeris

12.Jalur gemilang
bendera Malysia

13.Sistem Pemerintahan Malysia
demokrasi

14. 13 Mei 1969?
     peristiwa rusuhan kaum

15.Irama lagu Terang Bulan?
    asal lagu negeri Perak

16.MAGERAN?
     Majlis Gerakan Negara

17.Nama Perdana Menteri Malysia mengikut turutan..
    Tunku Abdul Rahman
    Tun Abdul Razak
    Tun Hussein Onn
    Tun Dr.Mahathir Mohammad
    Dato' Seri Abdullah bin Hj.Ahmad Badawi
    Dato' Seri  Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak

18.Perikatan?
     gabungan MCA,MIC dan UMNO
19.Suruhanjaya Reid?
     Menggubal perlembagaan negara selepas merdeka

20.Dewan Rakyat?
     Menggubal undang-undang

huhu.basic rite.nak jadi betol-betol Malaysian,expandkan jawapan korang :)
akhir kata...

4 comments: