Thursday, November 11, 2010

talk more than action

aigoo.mimpi apa entah tiba-tiba rasa nak buat entri pulak.haiihh.
okeh.kenapa ekk.kadang-kadang orang suka cakap je lebih buatnya tak[termasuk aku lah]
contohnya,malam ni dah bercadang *Aku nak study pedagogy la malam ni*
last2 bile tibe masanya,laptop bukak ,telinga sumbat earphone,buku pon tersusun rapi atas meja.ape cite?
haha,itu aku punya situasi la kadang2.kadang2 ye bukan selalu :D
situasi yang lain,cakap nak join satu program ni,lepas tu bercadang la nak buat plan macam tu-macam neh,then bila tiba nak confirm betol2 pasal penyertaan untuk program terus senyap.bagi seribu satu alasan kenapa tak nak  join.haiih manusiamanusia.hem.tapi biasalah mana ade orang yang sempurna.Ape-apepon mungkin kita bolehlah latih diri untuk cuba kotakan apa2 yang kita dah janji pada diri kita atau pun pada orang lain(:

Thursday, October 21, 2010

no title

hampeh.tade langsung dah sekarang mood untuk berblogging.
haha.idea tarak.tapi aku still gak baca blog orang laen cuma malas nak update blog sendiri.
apekah??he.boleh la tu kan.dah la.FULL STOP

Sunday, October 3, 2010

korang pcaye tak yg mamat korea tuh ekceli takla hensem mane.diorg semunye fake.yg hensem bagai tu mostly surgery.pcaye tak??

korang pcaye tak yg mamat korea tuh ekceli takla hensem mane.diorg semunye fake.yg hensem bagai tu mostly surgery.pcaye tak??

Answer here

Wednesday, September 1, 2010

hoorey.hoorey.tak sabar maw balik!

Today is Wednesday.tommorow will be Thursday n the next day going’ be FRIDAY!yebbaa2!

Hip2 hoorey.sambil pegang pom2.haha.nak bukak buku pon takde mood da.especially

 l.a(linear algebra)sok ade kelas.sory l.a dear.haha..mate sgt penat.rase tak larat nak

 bukak.sembap je ase.
tak sembap pn mata perempuan ni.btw cara nak bagi mata segar selalu,letak timun kat mata.
aku tak pernah try lagi sebab aku suke timun sayang pulak nak letak kat mata.ekee


tambah2 lagi dengan effect hidung yang soksek-

soksek.
hashemmmm!




betol2 bocor naseb baek hari ni dah ok siket.ini semu gare2 buat asaimen 

lah.Duk carik facts sana sini ,nak putar belit ayat lagi.memang bikin ak fed up.but at 

last siap jugak,Alhamdulillah hasil dari ctrl+v dan ctrl+c..uppss! kekeke..certain je 

la.bnyk gak aku buat ayat sendiri.eke....Cuma  backdrop untuk seminar je tak siap 

lagi.Boleh buat guna power point je tapi aku nak try buat gune photoshop.Tapi tu lah 

asal bukak je photoshop.. tangan duk gatal tekan kat google chrome.ape makneye 

tu?ekeke…so now. bb!  u got to rest! :D


p/s: packing process is otw =)


credits :pic1,pic2

Tuesday, August 31, 2010

pengalaman baru(part 1)

salam merdeka.
ingatkan hari ni takde buat apa2 just stay kat bilik.
rupa2nya baru teringat kakak usrah ajak join satu program dekat Taman U.
mula2 memang cam m.a.l.a.s.hehe
tapi bile fikirkan pagi2 biasanya tak buat apa2.
so ikut jugakla join program ni.dapatla sikit keberkatan Ramadhannye.hee..
program ni dianjurkan oleh IKRAM.
Fakta:
IKRAM adalah sebuah pertubuhan dakwah,kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajara dengan cara hidup dan ajran-ajaran Islam.
Pertubuhan ini ditubuhkan pada 220ktober 2009 dan dilancarkan pada 20 Jun 2010.
Ikram Johor terdiri daripada 8 buah daerah:
1.Bandaraya Johor Bahru
2.Johor Bahru Tengah
3.Kulai Jaya
4.Pontian 
5.Kluang
6.Batu Pahat 
7.Muar
8.Segamat
untuk maklumat lanjut,Klik SINI,Klik SINI 2

program ni untuk edarkan sumbangan kepada keluarga yang miskin dan kurang berkemampuan di sekitar Taman u,Gelang Patah,dan Sri Skudai.Rasanya nak dekat 50 buah rumah jumlah semuanya.Aku tak pasti lah.Sebab aku pergi 3rumah je.Tak pergi banyak rumah sebab die dah bahagikan grup2.Tapi kire macam konvoi jugak la.Dalam 4buah kereta untuk satu grup.Sampai dekat rumah tuh,ada sesi temu bual beramah mesra tapi takla lama sangat.Dengar cerita dari makcik2 uh,kisah2 susah dia.Sedih jugakla dengar buat aku rasa miss badly my family.uaarggghhh!tapi emalam dah webcam so lepas gak la rindu.hehe..ok2.bawah ni ada gamba sewaktu lawatan kami ke rumah2 tersebut.

kawan2 tengah angkut barang2 yang nak disumbangkan


perjalanan bermula.huhu

rumah pertama

pn:dtinggalkan suami.suami tak bagi nafkah.anak 4org.ade yg bekerja.rumah memang cantek.nampak mewah tp org tak tahu hakikat sebenar.rumah adalah hasil perkongsian dengan kakak.Anak seorang lelaki tak bersekolah sedangkan bulan 10 ni nak PMR


cerita masalah

selanjutnya.sambung nanti ye..

MERDEKA [edisi AKU TAHU]



Sempena merdeka ni.ape yang korang semu buat.hemm.kalau sekolah dulu yelahh..duk hias2 kelas..letak bendera tang sana..tang sini..but sekarang dah laen..dekat u...lagi2 sekarang bulan puasa..so ape yang aku buat merdeka ni..hanya lah doakan untuk keselamatan negara[ecehhh!:p] dan buka fail.flashback balik memori masa pergi program himpun.Rasa sangat semangat anak Malaysia time tu.Tapi habes program je perlahan-perlahan semangat tu luntur.haissshh..:")
ok2.kat sini nak share soalan2.Bende-bende ni sangat basic rasenye.But aku still terkebil2 mase wat awal2 dulu.haha.sebab.ak tak suke sejarah.dulu2 lah.Sekarang suke atau tak,tolak tepi..kene amek tahu jugak pasal sejarah ni.Baru lah betul2 rakyat Malaysia!

1.Berapa lama negara dijajah?
446/447

2.Nama pahlawan-pahlawan negara yang menentang penjajah dan negerinya?
Dato'Bahaman-Pahang
Hang Tuah-Melaka
(banyak lagi...boleh tambah2 lagi)

3.Referendum?
Rungutan suara rakyat berdasarkan dasar politik

4.Kontrak Sosial
Persetujuan bersama 3bangsa mengenai Raja Melayu,Kerakyatan,Bahasa Kebangsaan,Agama Islam dan Hak Keistimewaan Melayu

5.Onn Jaafar?
Tubuhkan UMNO/ketua UMNO

6.PKM?
Parti Komunis Malaya (1948)

7.Tarikh Pembentukan Malysia?
16 September 1963

8.Tarikh Kemerdekaan?
31 Ogos 1957

9.Kerusi Parlimen 1955 dan 2008
52 dan 222

10.Jus soli
berkaitan dengan hak kerakyatan

11.Malayan Union
gagasan yangg diperkenalkan oleh Inggeris

12.Jalur gemilang
bendera Malysia

13.Sistem Pemerintahan Malysia
demokrasi

14. 13 Mei 1969?
     peristiwa rusuhan kaum

15.Irama lagu Terang Bulan?
    asal lagu negeri Perak

16.MAGERAN?
     Majlis Gerakan Negara

17.Nama Perdana Menteri Malysia mengikut turutan..
    Tunku Abdul Rahman
    Tun Abdul Razak
    Tun Hussein Onn
    Tun Dr.Mahathir Mohammad
    Dato' Seri Abdullah bin Hj.Ahmad Badawi
    Dato' Seri  Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak

18.Perikatan?
     gabungan MCA,MIC dan UMNO
19.Suruhanjaya Reid?
     Menggubal perlembagaan negara selepas merdeka

20.Dewan Rakyat?
     Menggubal undang-undang

huhu.basic rite.nak jadi betol-betol Malaysian,expandkan jawapan korang :)
akhir kata...

Monday, August 30, 2010

nilai persahabatan beginikah?

kenapa perlu hukum seseorang hanya sebab kesalahan yang kecil.
sedangkan kata maaf sudah dihulurkan..
walaupun menyatakan kemaafan sudah diterima,
hubungan masih tak seakrab dulu.
:")ini ke nilai persahabatan?
lupakah kebaikan-kebaikan yang telah dilakukan oleh sahabat tersebut sebelum ini.
memang manusia insan biasa,
tapi kawan jugak insan biasa,
yang memerlukan perhatian dari seorang kawan...
adakah masa yang akan merungkaikan segala-galanya???

Saturday, August 28, 2010

ft island new song [LOVE LOVE LOVE]

tweet.tweet.ft island got a new song.
besh!cute mv.cute hongki too.:D
not sure if it is full mv or not.full mv will be upload later because of slow internet connection :)

watch it here ft island-love love love

                                       
credits:youtube

ehh.perlu ke?

salam Ramadhan.
lately sangat ke-malas-an untuk menghupdate.almaklomla assignment bertimbun.timbun,ok,ignore that!;")
back to tajuk entri aku..petang tadi pergi bazar dan dekat bazar adalah buat satu promosi produk tuala wanita jenama LIBRESSE.penah dengar tak?ala..ade je iklan kt tv kalau tak taw tanye uncle google ye.haha.*perlu ke?
hem.kena isi satu form ni ala-ala survey gitu la,Lepas tu dia akan bagi kita goodie bag satu.Ekceli aku dah pernah buat semalam tapi saja buat lagi sebab goodie bag dia cantek.:D.ok2.sedang berjalan nak meninggalkan tapak promosi ni ternampak lah satu kaum..errr...terpana jap..'pon' lah.but pon yang chantek dr perempuan biasa[chantek weyh.bibir merah bak sirap selasih.pakai jeans lagi..howt!]..tapi yang terpana nye sebab diorang pun isi form tuh.form tu pasal penggunaan tuala wanita okeh!.aisehh.diorang ni memang confirm ke betol2 dah tukar jantina.siap dah pernah pakai da.haha.surprising!chinese yang bagi form tu pon dua kali pusing tengok diorang.haha.ak bukan nak kutuk la.tp kan...takkanla sampai.....hemmm..paham2 je la mksud ak..tak nak interpret lebih2.

sisipan:


Pondan atau Mak Nyah pula merujuk kepada lelaki yang mempunyai penampilan fizikal mirip perempuan seperti berambut panjang dengan mengenakan pakaian seperti seorang wanita . Daripada sifat pula, nyata terserlah sifat keperempuanan pada golongan ini dengan imej lembut sehingga ada yang merasakan bahawa diri mereka benar-benar seorang wanita sejati. Pondan dan Mak Nyah cenderung untuk menjalinkan hubungan intim dengan sesama lelaki yang berperawakan wanita kerana daripada segi perasaan. Yang nyata, golongan ini cuba menonjolkan identiti gender berlawanan daripada norma-norma boilogi dan sosial yang mereka miliki.



HUJAH DAN DALIL
1. Dalam menyatakan isu berkaitan wanita menyerupai lelaki, majoroti ulama" bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan tersebut sama seperti lelaki dilarang menyerupai wanita. Merujuk kepada kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Dr. Wahbah al-Zuhaili menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya, haram wanita menyerupai lelaki.
Sabda Rasulullah SAW :
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، المترجلات من النساء
Maksudnya : Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita
(HR al Bukhari)
Maksud menyerupai dalam konteks hadith di atas termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya.
(LAMPIRAN 1)
2. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-"Uthaimin menerusi bukunya Fatawa wa Rasai"il Lil Nisa" menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai kaum wanita samada dari aspek tingkah laku, percakapan, perhiasan, cara berpakaian dan sebagainya dalam perkara yang dikhususkan untuk wanita. Begitu juga sebaliknya, haram ke atas wanita menyerupai kaum lelaki. Sabda Rasulullah SAW
عن أبي هريرة رضي الله عته قال : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبسة المرأة ، والمرأة تلبس لبسة الرجل
Maksud : Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki.
(HR Abu Daud)
'Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Darul Ridzuan yang bersidang pada hari ini 18 Disember 2008M bersamaan 20 Zulhijjah 1429 H setelah meneliti keterangan, hujah-hujah pandangan yang dikemukakan bersetuju untuk memutuskan bahawa pengkid,iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita (maknyah/ pondan) samada dari segi pakaian ,penampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti wanita adalah HARAM di sisi Islam.
untk lebih lanjut------>sumber di sini

Monday, August 23, 2010

Di mana kedudukan puasa kita?

salam semua.
dalam usaha sedang ber'google'..terjumpa suatu yang menarik.
so nak kongsi bersama sbg peringatan kpd diri dan anda semua.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Di mana kedudukan puasa kita?



Imam Ghazali dalam kitabnya ‘Ihya Ulumiddin’ menyebut :3“Puasa ada tiga kedudukan: puasa al-umum, puasa al-khusus dan puasa khusus al-khusus.

Puasa al-umum ialah menahan perut dan kemaluan dari memenuhi kehendak syahwat.


Puasa al-khusus pula ialah menahan pendengaran,penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari melakukan dosa.


Manakala puasa khusus al-khusus ialah menahan hati dari keinginan yang buruk dan dari memikirkan sesuatu selain dari Allah secara total. Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara-perkara selain dari Allah dan hari akhirat.Demikian juga akan terbatal puasa dengan memikirkan dunia kecuali urusan dunia yang kepentingannya untuk agama kerana itu termasuk dalam bekalan akhirat dan bukan urusan dunia.
Arbab al-Qulub (orang yang prihatin dengan hati mereka) berkata: sesiapa yang pada siang Ramadhan tergerak keinginannya mencari apa yang akan dimakan ketika berbuka puasa, maka ditulis satu
kesalahan, kerana ianya lahir dari sikap kurang percaya kepada pemberian Allah dan kurang yakin terhadap rezekinya yang telah dijanjikan. Tahap puasa seperti ini ialah tahap para nabi, al-Siddiqin dan al-Muqarrabin. Puasa seperti ini ialah tahap para nabi, al-Siddiqin dan al-Muqarrabin. Puasa seperti ini tidak
mungkin dapat digambarkan dengan perkataan tetapi boleh direalisasikan dengan amalan.”


Menurut Imam al-Ghazali juga bagi mencapai tahap puasa al-khusus iaitu puasa orang soleh maka perlu menyempurnakan 6 perkara iaitu:


1. Menundukkan pandangan dan menahan dari melihat perkara yang tercela dan dibenci oleh syariat serta dari segala perkara yang boleh menggangu dan melalaikan hati dari mengingati Allah S.W.T..


2. Memelihara lidah dari menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat, dusta
dan sebagainya. Hendaklah lebih banyak berdiam diri, memperbanyakkan zikir dan membaca al-Quran.


3. Menahan dari mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. Ini kerana setiap perkataan yang diharamkan dituturkan maka haram juga didengar. Justeru, Allah menyamakan pendengaran haram dengan memakanharta haram seperti firman-Nya:





4. Menahan anggota tubuh badan dari melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki dari perkara yang
dilarang dan menahan perut dari perkara-perkara syubhat ketika berbuka. Ini kerana tidak ada makna
berpuasa sekiranya pada siang hari menahannya dari makanan halal tetapi berbuka dengan makanan haram.


5. Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal sehingga perut penuh dengan makanan tersebut. Ini kerana tidak ada bekas yang lebih dibenci oleh Allah dari perut yang penuh dengan makanan halal.
Bagaimana mungkin seseorang itu mampu mematahkan keingginan syahwatnya dan mengalahkan musuhnya sedangkan ketika berbuka ia seolah-olah hendak mengembalikan semula makanan yang terlepas ketika ia berpuasa pada siang harinya. Hingga sesetengah mereka memakan makanan yang tidak biasa dimakannya ketika hari tidak diwajibkan berpuasa.


6. Hendaklah timbul dalam hatinya rasa takut dan penghargaan kepada Allah, kerana dia tidak tahu sama
ada puasanya diterima oleh Allah dan termasuk di kalangan orang yang berjaya, ataupun puasanya tidak
diterima lalu dia termasuk di kalangan orang yang celaka.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

pkataan warna biru tu saya denga waktu tazkirah semasa terawih td.
tak tahula pulak tak boleh.skrang dah tahu insyaallah tak buat lagi.
contohnya la kan..bile buhsan pagi2 je mesti sy dan kwn2 duk cite menu ape nak mkn berbuke nanti.kadang2 sampai tak sedar waktu suhur pun duk berbincang pasal makann nak berbuka sedangkan baru je nak mula berpuasa.;")

Akhir sekali, dikedudukan mana puasa kita? Puasa khusus


al-khusus, puasa al-khusus atau sekadar puasa al-umum sahaja?
 
big credits & syukran :panduan puasa Ramadhan

Sunday, August 15, 2010

no title

urghhh!
i'm the devil.u are an angel!puas??
susahnya nak jaga hati and perasaan orang.
susah ke nak maafkan orang!

Saturday, August 7, 2010

Respect lelaki kerana.

Sangat saving.bukan shopaholic cam perempuan.


Cnth:Ayah aku.tengok belt beliaw..punya lah nak tertanggaltanggal dah kulit.Steady je pakai.Tengok dari jaoh memang lah tak nampak tapi.. bile dekat.masyaallah.camana le ayah leh pakai belt ni lagi.Mungkin sebab belt uh beliaw sayang @taupun tak nak membazir .So,pasni aku da plan2 ngan Akak aku bufday ayah next month,belikan belt ok bagi branded siket.


Cnth:ak pernah Nampak budak lelaki pakai beg yang koyak.Masa tu kat dalam bas.Ade kesan jahit lagi.Tapi still Nampak koyak tuh.Jelas kelihatan ok.Dia boleh lagi cool..kalau aku..tak kira2 nak beg baru gak!.hee.tak pon guna beg laen lah.Aku taw biase golongan pempuan ni beg bukan satu macam aku lah gak.Banyak lagi spair suke tambah koleksi je.Ahah.


Cnth:Sang teruna.Aku nampak dengan jelas lagi kasut dia dah koyak..Nak tegur,tak mungkin lah.Apa lak kata dia nanti.Nak je belikan kasut baru untuk dia tapi hulur arr duet kat aku.haha.Perempuan kalau bab-bab kasut ni memang cukup alert taw.Kasut gi kelas laen,seliper gi kafe laen,kasut gy jalan2 laen..he.Biasa kalau akhir sem(abes sem) mesti banyak gila kasut yang student tinggalkan kt rak kasut bilik.Ada yang elok2 lagi tapi disebabkn tak nak memberatkan beg..masing2 tinggl je kan kasut..aishh,yg ni memang boros la.sila jangan contohi :)


Cnth:kalau time outing,Sabtu,Ahad,bas penuh dengan girl je.Laki pun kalau ade yang Chinese je la.Tapi time awal2 ni ramai jugak laki tapi budak2 tahun1 je la.Yang senior2 ni mana nak naek bas,motor dah ade.Sampai lak kt jj tmn u tuh nanti,Nampak la girl je ramai dengan troli jj yang membukit barang2 shopping.Laki pulak se dua beg plastik je.adeiii.*aku kategori trolli uh tp troli tu hasil mixing barang2 ngn membe2 laen le.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Last week,aku gi Skudai Parade.Tak ramai budak utm datang sini.Ye la datang sini kena naek bas luar,kalau pergi jj taman u naek bas u je.Tambang bas 1.40hinggit je..boleh la tuh.Ade Econsave pulak tuh dapat leh saving bebanyak.Then,ade kedai baju yang menjual baju dengan harga yang sangat perpatutan.Besh gile..rambang mata aku.Dahle masuk ade satu kedai uh die pasang lagu bigbang lagi.haru-haru~~~.Tapi aku tak beli pun sebab baju takde dalam shopping list aku.ahaiiii!tapi takpe..banyk duet lagi mungkin next time dapat rembat due tiga helai baju.;Derrkk.ape motif ni..ok.shopping Skudai parade yok.banyak baju chantek2.


3 idiots![all iz well]

1st of all..sorry semua lama tak ber BW..
nak menghupdate blog pun tak sempat.he..
ok.stop pasal tu.
semalam malam sempat melayan hindustan sekejap walaupun kebusy-an melanda.
tengok cerita hindustan-3 idiots.


best gile cerita uh.cerita ni keluar akhir tahun lepas kot..tapi aku memang tak tengok lagi la.
masa tengok cerita ni memang feeling habes la.kawan aku cakap mcm org gile pn ade.org gile tu dia maksudkan dia lah masa tengok cerita tuh.Sebab dalam cerita tuh sekejap babak happening,dan memang klakar giler..bila sedih pulak memang sedih gile sampai sekotak tisu pun boleh habes*erkks.hiperbola dicitu.;D
Tapi aku tengok dengan member2 nak menanges pun cover-cover.hehe.Bila part yang kelakar kitorang memang gelak sakan lah.Bila time sedih,masing-masing peluk bantal  fokus kt screen laptop tanpa pandang member kat sebelah.Dalam seketika tuh,mata maseng2 tengah berair tapi kat kelopak je la.huhu.
Tapi cerita ni ada juga yang censored ,awal2 lagi pulak tuh.sengall..Aamir Khan berlakun dalam cerita ni..cute gila dia.Muka memang nampak cam blur2 tapi otak geliga.Dua orang lagi pelakon utama dia aku tak kenal,tapi member cakap pernah nampak berlakon dalam cerita Tamil.entahla.betul ke tak tak tahula.he.

aha.ni synopsis cerita nih.
Two friends embark on a quest for a lost buddy. On this journey, they encounter a long forgotten bet, a wedding they must crash, and a funeral that goes, ridiculously out of control. As they make their way through the perilous landscape, another journey begins: their inner journey through memory lane and the story of their friend -- the impressible free-thinker Rancho, who is in unique way, touched and changed their lives. It's a story of their hostel days that swings between Rancho's romance with the spirited Pia, and his clash with an oppressive mentor, Viru Sahastrabudhhe. And then one day, suddenly, Rancho vanished. Who was he? Where did he come from? Why did he leave? The friend who influenced and inspired them to think creatively and independently, even as the conformist world called them "three idiots." Where is the original idiot now? Finally, in misty mountains of unparalleled beauty, the friends find the key to the secret.
amek kat sini
nak tawu lebih-lebih tengok la cerita ni.hee.
watch-3-idiots-online

Saturday, July 10, 2010

baru lepas kahwin ke?

ha.tadi ada nampak seorang baby yang sangat cumil*sori tak de gamba* didukung oleh seorang mak cik.
Aku pun dudukk sebelah mak cik tuh sambil bertanyakan nama baby comel tuh.Nama dia Damia..comel!Tak takot pulak ngan aku siap senyum2 nampak gusi*gigi tak tumbuh lagi* sampai air liur pun boleh meleleh.hehe.Then,makcik tu tegur,'baru lepas kahwin ke..?'gulppppp.terkejut seketika sambil tersengih-sengih.Makcik tu tunjuk kat tangan..'tu ha..tangan berinai....'...aku pun menjawap 'ohh!tak la makcik ni saja-saja je'.•..нαнαнα..•
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
itu lah.tak pasal2 orang ingat dah kahwin pulak.aku pakai inai bukan pekat mana pun.

ha.camni le kaler inai kat tangan aku.
ni guna inai mekah yang tiub tuh.
Mula2 memang pekat lama-lama cair jadiknya.
psst.tangan cantek ni bukan tangan aku.tangan aku calar balar.;D


ini barulah inai orang kahwin.

humm.mungkin lama-lama inai yang kat gambar kedua tu akan jadi macam inai kat gambar pertama kut
selepas beberapa tempoh masa.Tol tak??Sebab tu mak cik tu tegur aku camtu kut.
-ahaha.first time orang tego aku camtu.
Selalu orang akan tanye,form berapa?*hampehh..aku xxssize lorh ;D
ok.ok
-
-
-
hampir 80% siap packing.Lepas ni kompem jarang update bog sebab tak boleh un9 selalu.
wuuu.akan merindui BW.

credits:gambar1,gambar2

Thursday, July 8, 2010

download cursor chibi plus A.N.JELL yang comel

ahaa.comel tak.my oppa versi chibi.huhu.
chibi*japanese word means 'short person' or 'small child'
amek gamba ni kat sini

Tadi cari gamba kat atas ni la.Pastu terjumpa satu website yang boleh download cursor chibi plus A.N.JELL
bagi sesiapa yang tak kenal A.N.JELL tu sape.korang boleh tanya uncle google.
ataupun kawan-kawan korang yang diehardfans drama2 korea,haha
A.N.JELL ni ade dalam drama you are beautiful je,so siape tak tengok cerita ni sila tengok cepat2.
^
^
^
^

yehh.comel.tapi kecik la cursor ni.tak puas.;D

KLIK SINI  untuk dowload

lagkah-langkah selepas habis download:

1.Klik pada file yang sudah didownload(YB_cursor.rar).
2.Klik extract to dan save pada folder yang ingin disimpan dan klik ok
--------------------------
3.Bukak control panel,klik pada mouse.
4.Di mouse properties,klik pada pointer then klik browse.Cari folder yang telah disimpan tadi.Pilih cursor yang anda sukai.*i chose Go Mi Nam.sbb beliaw sgt cumil ^^
5.Klik open,apply dan ok.

ha.camana.jadik tak???
Kalau tak faham boleh le tanya.
Buat pun cincai2 je ni.heee

credits:cursor

Wednesday, July 7, 2010

packing is my laziness..urghh.(⌣_⌣!)

aktiviti semasa sedang mem'packing'
fesbuking,dengar lagu,tengok drama korea
haa..dats why sampai bile2 tak kan habes packing!hee

ahad ni ku kembali semula utm my♥

Tuesday, July 6, 2010

Vuvuzela di Malaysia?

betolke vuvuzela@vevezula dah dijual kat Malaysia.?errk..ke aku silap dengar ek.
Tadi aku tengok berita kat tv3 buletin utama (8 malam) dan tiba-tiba terdengar 'vuvuzela dah dijual di Malaysia'
Siap ada temu ramah dengan penjual dia lagi tapi aku tak berapa fokus tadi kene layan adek.
Ha..siapa tengok berita tadi?korang ada dengar tak??


dulu.tak tawu pun name bende kuning tu vuvuzela.ingat trompet.hehe



ok.tadi search kt uncle google,then baru tahu vuvuzela ni merupakan salah satu benda yang annoying dalam world cup.Bayangkan lah VUVUZELA mampu menghasilkan bunyi sekuat 144 desibel yang bersamaan dengan bunyi letupan mercun.So,absolutely annoying!Patotla kat facebook aku jumpe satu group ni
WAVE YOUR FLAG NOT BLOW YOUR VEVEZULA. Huhu

edited:

ni lah yang kat berita tu


a'ah la.vuvuzela ade da jual..siap ade kat facebook lagi.camne leh tak perasan.heh.Jual Beli Vuvuzela in Malaysia


jum tengok Blow that Vuvuzela




credits:vuvuzela

artwork dari budak 4tahun

ahaa...artwork pe ek..colour2 ke..lukis2 ke...
.
.
.
.
.
.
.
.

hummm.
bukan2.
kapur kasot lah.
haha.nape ak pnggil artwork ek..
sebab dia punye style tu tak macam orang lain.percaya lah.wa gerenti sama lu apekk!;D
ok.ok.
budak 4tahun yang dimaksudkan tu adek aku.Dia ni macam-macam benda dia nak buat.Tengok abang dia kapur kasut dia nak kapur,tengok kakak dia sapu rumah rumah dia nak sapu rumah..heeshh.curiosity sangat tinggi.Kadang2 kalau cerita kat dia semua jawapan dia kan tanya balik kenapa camtu.Btw,untuk kanak2 yang usia camni,sikap ingin tahu diorang memang sangat tinggi.Sila beri kerjasama tiap2 kali si comel bertanya soalan.huhu.

contohnya:

tengah tengok National Geography.

adek:K.tyty,tu ape

aku: tu rama-rama la dedieq.

adek:Rama-rama tu buat apa?Nape dia duk kat situ?

aku: Rama-rama tu dia duk kat bunga sebab nak hisap madu.

adek:Nape dia hisap madu  kak tyty?

aku: sebab tu makanan dia.

adek:kalau dia tak hisap nanti ape?

aku:tak boleh la tu makann dia

adek:kalau dia hisap,nape?

aku: tu makan dia dedieq,nanti dia boleh besar.

adek: besa cam nih.*sambil wat gaya

aku: a'ah.besa cam nih*tiru gaya adek aku balik

adek:pandai adek k.tyty kn.

aku: a'ah.adek k.ty mmg pandai.

adeq ak ni poyo sikit.kecik2 da poyo.kalau sebut ape2 mesti dia akan tambah kat hujung ayat tuh.Contoh nama panggilan ak k.ty dia panggil aku kak tyty.Sebab tuh aku pun panggil die dedieq.Haha.Seri.

ok2.jum tengok keterer-an dia kapor kasot.wakaka.



nih bukan adek aku.Cuba tengok kasot pe yang dia kapur.
Bandingkan dengan kasot yang kat bawah ni.

-kasot pilihan kalbu adek-
erkk.perlu ke kasot ni untuk dikapurkan.Gamba dah elok2 ade.Ruang nak kapur pun cam tak ade.heiish.
korang mesti tertanya kan.aku pun duk tanya kat adek aku ni.
Tapi dia nak jugak kapur..so nak tak nak..layan je la kn...


Kapur yg bertuah.haha

ok.da start kapur.jum tengok!


styloss,baru start,tangan da berinai putih.hehe

dengan berhati2 supaye tak terkena enchik spiderman


yehh.fighting dedeiq!!!~

abes ar.spiderman tukar warna kulit da.;D


adehh.tipis suda harapan.spiderman tak dapat diselamatkan.;')

eh.dedieq tapak dia tak payah kapur la.haha.
naseb baik cakap awl kalau tak memang sah2 dengan tapak-tapak sekali bertukar kaler putih.
huhhuhu



view from front.haha.kapur yang melting bak icecube yang baaru kuar dr peti ais.
styloo ann.tak pernah aku jumpe kasot cenggini rupe.;D

wuhuu.at last siap jugak kapur.Tangan adek ak dah bukan maen comot da.Kalah tukang cat2 rumah.haha.
After dia basuh tangan,sempat lagi cakap kat aku,kak tyty..macam susu aishh kan.*he means percikan2 kapur kat atas surat khabar tuh-tengok bawah.
Add caption
WEE~dan lepas habis kapur,sebok tanye kasot dah kering belum.
Humpphh.mane nak kering nye,kapur pun malam2 plus kapur tebal-tebal lak tuh.hehe.

So,cane..?artwork ni ley dapat gred bape??haha.ak suka sangat 'artwork' adek aku nih.Name pun adek,kene sokong selalu.haha.

hariz a.k.a dedeiq

p/s:zaman skewl dulu2.ak tak suka pakai kasut putih nanti cepat kotor.Naseb baek jadik prefect so merasa la gak pakai kasot hitam.huhu.

credits:kasutputih