Monday, August 23, 2010

Di mana kedudukan puasa kita?

salam semua.
dalam usaha sedang ber'google'..terjumpa suatu yang menarik.
so nak kongsi bersama sbg peringatan kpd diri dan anda semua.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Di mana kedudukan puasa kita?



Imam Ghazali dalam kitabnya ‘Ihya Ulumiddin’ menyebut :3“Puasa ada tiga kedudukan: puasa al-umum, puasa al-khusus dan puasa khusus al-khusus.

Puasa al-umum ialah menahan perut dan kemaluan dari memenuhi kehendak syahwat.


Puasa al-khusus pula ialah menahan pendengaran,penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari melakukan dosa.


Manakala puasa khusus al-khusus ialah menahan hati dari keinginan yang buruk dan dari memikirkan sesuatu selain dari Allah secara total. Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara-perkara selain dari Allah dan hari akhirat.Demikian juga akan terbatal puasa dengan memikirkan dunia kecuali urusan dunia yang kepentingannya untuk agama kerana itu termasuk dalam bekalan akhirat dan bukan urusan dunia.
Arbab al-Qulub (orang yang prihatin dengan hati mereka) berkata: sesiapa yang pada siang Ramadhan tergerak keinginannya mencari apa yang akan dimakan ketika berbuka puasa, maka ditulis satu
kesalahan, kerana ianya lahir dari sikap kurang percaya kepada pemberian Allah dan kurang yakin terhadap rezekinya yang telah dijanjikan. Tahap puasa seperti ini ialah tahap para nabi, al-Siddiqin dan al-Muqarrabin. Puasa seperti ini ialah tahap para nabi, al-Siddiqin dan al-Muqarrabin. Puasa seperti ini tidak
mungkin dapat digambarkan dengan perkataan tetapi boleh direalisasikan dengan amalan.”


Menurut Imam al-Ghazali juga bagi mencapai tahap puasa al-khusus iaitu puasa orang soleh maka perlu menyempurnakan 6 perkara iaitu:


1. Menundukkan pandangan dan menahan dari melihat perkara yang tercela dan dibenci oleh syariat serta dari segala perkara yang boleh menggangu dan melalaikan hati dari mengingati Allah S.W.T..


2. Memelihara lidah dari menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat, dusta
dan sebagainya. Hendaklah lebih banyak berdiam diri, memperbanyakkan zikir dan membaca al-Quran.


3. Menahan dari mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. Ini kerana setiap perkataan yang diharamkan dituturkan maka haram juga didengar. Justeru, Allah menyamakan pendengaran haram dengan memakanharta haram seperti firman-Nya:





4. Menahan anggota tubuh badan dari melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki dari perkara yang
dilarang dan menahan perut dari perkara-perkara syubhat ketika berbuka. Ini kerana tidak ada makna
berpuasa sekiranya pada siang hari menahannya dari makanan halal tetapi berbuka dengan makanan haram.


5. Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal sehingga perut penuh dengan makanan tersebut. Ini kerana tidak ada bekas yang lebih dibenci oleh Allah dari perut yang penuh dengan makanan halal.
Bagaimana mungkin seseorang itu mampu mematahkan keingginan syahwatnya dan mengalahkan musuhnya sedangkan ketika berbuka ia seolah-olah hendak mengembalikan semula makanan yang terlepas ketika ia berpuasa pada siang harinya. Hingga sesetengah mereka memakan makanan yang tidak biasa dimakannya ketika hari tidak diwajibkan berpuasa.


6. Hendaklah timbul dalam hatinya rasa takut dan penghargaan kepada Allah, kerana dia tidak tahu sama
ada puasanya diterima oleh Allah dan termasuk di kalangan orang yang berjaya, ataupun puasanya tidak
diterima lalu dia termasuk di kalangan orang yang celaka.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

pkataan warna biru tu saya denga waktu tazkirah semasa terawih td.
tak tahula pulak tak boleh.skrang dah tahu insyaallah tak buat lagi.
contohnya la kan..bile buhsan pagi2 je mesti sy dan kwn2 duk cite menu ape nak mkn berbuke nanti.kadang2 sampai tak sedar waktu suhur pun duk berbincang pasal makann nak berbuka sedangkan baru je nak mula berpuasa.;")

Akhir sekali, dikedudukan mana puasa kita? Puasa khusus


al-khusus, puasa al-khusus atau sekadar puasa al-umum sahaja?
 
big credits & syukran :panduan puasa Ramadhan

1 comment:

  1. wah thanks for this dear. puasa tak semestinya menahan lapar dan dahaga kan? mata lidah semua tu pon kena jaga ;)

    ReplyDelete