Saturday, August 28, 2010

ehh.perlu ke?

salam Ramadhan.
lately sangat ke-malas-an untuk menghupdate.almaklomla assignment bertimbun.timbun,ok,ignore that!;")
back to tajuk entri aku..petang tadi pergi bazar dan dekat bazar adalah buat satu promosi produk tuala wanita jenama LIBRESSE.penah dengar tak?ala..ade je iklan kt tv kalau tak taw tanye uncle google ye.haha.*perlu ke?
hem.kena isi satu form ni ala-ala survey gitu la,Lepas tu dia akan bagi kita goodie bag satu.Ekceli aku dah pernah buat semalam tapi saja buat lagi sebab goodie bag dia cantek.:D.ok2.sedang berjalan nak meninggalkan tapak promosi ni ternampak lah satu kaum..errr...terpana jap..'pon' lah.but pon yang chantek dr perempuan biasa[chantek weyh.bibir merah bak sirap selasih.pakai jeans lagi..howt!]..tapi yang terpana nye sebab diorang pun isi form tuh.form tu pasal penggunaan tuala wanita okeh!.aisehh.diorang ni memang confirm ke betol2 dah tukar jantina.siap dah pernah pakai da.haha.surprising!chinese yang bagi form tu pon dua kali pusing tengok diorang.haha.ak bukan nak kutuk la.tp kan...takkanla sampai.....hemmm..paham2 je la mksud ak..tak nak interpret lebih2.

sisipan:


Pondan atau Mak Nyah pula merujuk kepada lelaki yang mempunyai penampilan fizikal mirip perempuan seperti berambut panjang dengan mengenakan pakaian seperti seorang wanita . Daripada sifat pula, nyata terserlah sifat keperempuanan pada golongan ini dengan imej lembut sehingga ada yang merasakan bahawa diri mereka benar-benar seorang wanita sejati. Pondan dan Mak Nyah cenderung untuk menjalinkan hubungan intim dengan sesama lelaki yang berperawakan wanita kerana daripada segi perasaan. Yang nyata, golongan ini cuba menonjolkan identiti gender berlawanan daripada norma-norma boilogi dan sosial yang mereka miliki.



HUJAH DAN DALIL
1. Dalam menyatakan isu berkaitan wanita menyerupai lelaki, majoroti ulama" bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan tersebut sama seperti lelaki dilarang menyerupai wanita. Merujuk kepada kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Dr. Wahbah al-Zuhaili menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya, haram wanita menyerupai lelaki.
Sabda Rasulullah SAW :
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، المترجلات من النساء
Maksudnya : Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita
(HR al Bukhari)
Maksud menyerupai dalam konteks hadith di atas termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya.
(LAMPIRAN 1)
2. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-"Uthaimin menerusi bukunya Fatawa wa Rasai"il Lil Nisa" menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai kaum wanita samada dari aspek tingkah laku, percakapan, perhiasan, cara berpakaian dan sebagainya dalam perkara yang dikhususkan untuk wanita. Begitu juga sebaliknya, haram ke atas wanita menyerupai kaum lelaki. Sabda Rasulullah SAW
عن أبي هريرة رضي الله عته قال : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبسة المرأة ، والمرأة تلبس لبسة الرجل
Maksud : Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki.
(HR Abu Daud)
'Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Darul Ridzuan yang bersidang pada hari ini 18 Disember 2008M bersamaan 20 Zulhijjah 1429 H setelah meneliti keterangan, hujah-hujah pandangan yang dikemukakan bersetuju untuk memutuskan bahawa pengkid,iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita (maknyah/ pondan) samada dari segi pakaian ,penampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti wanita adalah HARAM di sisi Islam.
untk lebih lanjut------>sumber di sini

2 comments:

  1. hahahhha...ko kene bg tazkirah time tu gak kat die!

    ReplyDelete
  2. @cik cahaya mata uik.uik.ain komen.teruja ak.haha.tak berani u..jauh jarak ak ngan mereka mase tu.dah la putih melepak diorg.lau jd laki mesti hensem uuuu...haha

    ReplyDelete